Hidup ini penuh dengan pilihan. Saya boleh memilih untuk merasa marah, tertekan & memaki hamun. Saya juga boleh memilih untuk merasa kesian, sedih & memaafkan.
Saya memilih yang kedua. Saya pilih untuk memaafkan. Saya sangka baik bahawa mereka tidak tahu dan terikut emosional yang menyebabkan terungkapnya perkataan yang kurang rasional.
Saya juga harap sahabat semua jangan mencari profile mereka menghina atau memaki atau membalas hinaan mereka. Kita sama sama didik diri dan masyarakat untuk menjadi lebih rasional, beradab & berakhlak.
Saya merayu kepada sahabat semua, yang menyokong atau tidak bersetuju dengan prinsip saya. Is ok kalau tidak bersetuju dengan prinsip saya. Is ok tetapi jangan memaki hamun. Please.
Saya tidak mahu sahabat rugi di akhirat nanti.
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israa' 17:36)